Friday, November 25, 2011

Aku terima nikahnya!



Dunia mukabuku sangat hebatkan? Bukan sahaja tempat mencari kawan, tapi juga tempat mencari lawan. Eh... tidak hanya di situ, ia juga tempat mudah mencari ilmu, tidak juga di situ kerana mukabuku membawa shopping hanya dihujung jari!!! Oh heaven!

Menyoping di muka buku kurang terasa kerana duit disalur secara maya, sedar-sedar baru masuk minggu ke-2, duit sudah berbaki kurang dari RM200. Mahu melopongkah???? hihihihihi.....

Seperti keratan yang tertera... "Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia....". Menarik! Aku ambil, lekatkan di dinding, berkongsi dengan pemerhati bebas yang aku kenali dan tidak. Bacalah apa yang tertera, sekadar berkongsi hasil dari aktiviti 'pemerhati bebas' aku.

Tiba-tiba aku teringatkan suami di pejabat. Datang teman yang memberi maklumbalas, oh... ayah juga lelaki dan tanggungjawab dia juga ada terhadap aku sebelum diambilalih oleh suami. Aku jadi insaf. 

Suami aku seorang yang sangat bertoleransi. Tiada paksaan dalam apa jua perkara. Ye... kelebihan aku di situ. Tapi kekurangan juga di situ. Makanya, aku harus sedarkan diri aku sendiri.

Besarkan tanggungjawab suami? Sanggupkah aku biarkan dosa aku dipikul oleh dia? Di mana cinta aku pada suamiku? Cinta aku berlandaskan apa? 

Jika suami tidak menegur aku atas segala silap dan salah aku, inilah masanya aku harus belajar memahami sendiri tanggungjawabnya sebagai suami. Menjaga diri sendiri sebagai isteri untuk pahala buat suami.

Biar aku jaga solat ku tanpa aku perlu tunggu dia untuk memerhatikan setiap solat ku. Biar aku titikberatkan aurat ku jika aku tahu dosa yang bakal suami ku pikul kerana aku leka dalam menjaga aurat ku.

Biar aku jaga maruah dan aibku kerana suamiku telah berpesan padaku tanpa perlu mengulanginya setiap hari, setiap waktu. Dan begitu juga aku, wajib bagi ku menjaga maruah dan aib suamiku. Biar bertitis-titis air mata sekali pun, aib dan maruah suamiku adalah pakaian terhebat buatku.

Dan aku sentiasa berpesan pada diriku... jika aku cintakan suami ku, cinta itu biarlah sehingga ke syurga kerana aku tahu cintaku pada dia kerana ALLAH. Kerana cinta ini jugalah... aku akan berusaha membawa suami ke syurga. Insyaallah...

Dan kerana cinta ini jugalah aku sentiasa berusaha mencari redha Illahi kerana jalan hidup ini tidak mudah, tidak mudah untuk disempurnakan biar ringan sekalipun tugas itu. Ringan? Ya... solat itu sangat mudah... tapi kenapa menjadi berat dan beban? Terfikirkah oleh kita?

Jika aku mampu, aku inginkan lebihan pahala yang aku perolehi itu menjadi milik lelaki-lelaki hebat dalam hidupku. Tapi aku sedih kerana dosa-dosa ku lebih banyak dari pahala-pahala ku. Harus bagaimana aku mahu memberi bonus ku kepada mereka?

Aku berharap sangat, lelaki-lelaki hebat dalam hidupku adalah lelaki hebat yang mencintai ALLAH, penciptanya. Lelaki yang sentiasa mengaut untung pahala yang bertebaran di muka bumi ini. Lelaki yang gagah melalui jalan hidup ini dengan menerima redha Illahi.

Ayah...

Suami...

Abang...

Adik-adik...

Ipar duai....

Lelaki-lekaki hebat lain...

Besar tanggungjawab kamu, besar juga pahala buat mu. 

Suami ku... moga ALLAH buka pintu buat mu, jalan mudah menuju padaNYA. Akan terus aku semat dalam hati ini, cinta kita kerana ALLAH agar kita sentiasa berusaha mendapatkan ihsan dan rahmat dariNYA.

Jauh di sudut hati... ku ingin kamu hingga ke syurga...

I LOVE U!




2 comments:

Gieyana said...

betui2 kan..mcm2 ada kt muka buku tue..

kesian suami kita yg memegang byk tanggungjawab especially tanggungjwb yg halus2 tue..maksudnya menanggung dosa kita gak..

Anonymous said...

Kak aisha..sy ada email akak smlm.. Akak cek & reply yeh. Tkasih... :-) >Siti