Wednesday, November 23, 2011

My sister SLE: She's in ward and I bring transfer factor's agent for her at hospital.


Perkembangan my sister.

10/11/2011, baru je masuk wad. Keluar kejup.

18/11/2011, masuk wad balik. Dah nak seminggu dalam wad. Semalam call dia, dia kata x jadi keluar lagi. Mak pula kata doktor tahan sebab nak buat ujian ke atas sum sum tulang dia. Mungkin nak dapatkan punca kenapa darah x naik langsung.

20/11/2011, aku lawat akak aku tu sebab sebelum tu pergi lawat adik dan family dia yang kemalangan. Adik alhamdulillah xde cedera. Wife dia bengkak kaki, maybe terhantuk di dashboard, anak dia.. si Irfan boyfriend Dina tu berjahit di dahi 6 jahitan. Pipi pun bengkak kebiruan akibat terhumban di bawah kerusi.

Time aku lawat akak aku tuh, dia tengah masuk darah. Botol ke-3 sepanjang dia warded. Total darah dah di top-up berbelas botol sepanjang nak masuk 3 bulan ni. 

Hati emak semakin tak keruan. Boleh nampak kerisauan dia, sebab kadang-kala xde bicara apa pun tiba-tiba dia sebut "kesian kak nonie ko...". Aku diam aje.

Aku call ajen jual ubat transfer factor. Ubat tu adalah supplement tapi ramai juga pesakit SLE ambil. Dan banyak yang memberi feedback positive. Jadinya aku harap akak aku tu terbuka hati nak mencuba. Tak salah berbelanja untuk kesihatan diri.

Setakat hari ni aku belum lagi bertanya dia tentang pertemuan dia dan ajen tu sebab aku suruh ajen tu jumpa akak aku ni kat hospital. Plan awal nak jumpa di rumah mak tapi dia x boleh keluar lagi. 

Semoga akak aku tabah dan terus tabah.







0 comments: