3 Jan 2012 my sister dah mula bekerja selepas hampir 3 bulan bercuti sakit. Alhamdulillah. Sepanjang 3 bulan tak sihat, macam-macam cara kami ikhtiarkan.
Kebetulan sewaktu kakak SLE aku ni tak sihat, 2 orang lagi kakak ke tanah suci Mekah menunaikan haji. Dapatlah disampaikan 1-2 hajat dia di sana. Kak Lang tawafkan 7x air zamzam untuk dia.
Sampai satu hari tu aku balik dari kerja, terkejut aku tengok kakak aku nih dok termenung bawah pokok mangga mak. Dengan muka mendung, stress dan sedih. Sian sangat. En.hubby yang tengok pun rasa sedih.
Waktu tu lah aku nekad call dealer ubat nih.. Transfer factor. Ubatnyer mahal tapi ramai pesakit SLE makan. Ubat nih bukan penawar tapi supplement untuk balancekan antibodi dalam badan dia.
Kebetulan dapat dealer yang sungguh baik hati, gigih dia jumpa kakak aku ni di Gleneagles untuk beri penerangan. Alhamdulillah... mungkin ubat tu juga salah satu ejen membantu memulihkan dia, tak banyak tapi yang sikit itu lebih baik.
Nak dijadikan satu cerita, sewaktu admitted, kakak aku nih dapat panggilan kenaikan pangkat so kene attend interview. Ni semua atas promotion dari pihak bos dia. Tak sangak, setelah 18 tahun tiba-tiba peluang tu datang saat dia terlantar di hospital.
Kerana terlalu gembira, gigih kakak aku nih pergi temuduga. Dengan tangan perjarum sana sini dia datang juga. Itulah... bila rezeki tu nak datang, tak kira kita dalam keadaan apa jua. Alhamdulillah... rezeki memihak dan kakak aku dapat naik pangkat.
Malangnya... setelah sebulan diberi lantikan dia masih tidak dapat bertugas. Masih dengan aktiviti keluar masuk hospital. Tapi itulah... kita tak tahu apa akan jadi hari depan. Allah masih beri dia peluang... dan company dia bekerja beri dia tempoh percubaan. Jika dia mampu, tugas itu terus akan disandang.
Apa-apa pun ALLAH lebih Maha Mengetahui. Semoga my sister tabah, sabar dan kuat. Ceria-ceriakan hari mu biar perit. Semangat untuk terus hidup perlu ada. Kami semua sayang Kak Nonie...
Ubat transfer factor tu aku cari di sini... 4Life TRANSFER FACTOR deal dengan Zaity. After my sis beli dengan dia, selalu juga la dia call tny perkembangan my sis. My sis ckp, baik sgt orangnyer.

2 comments:
I-sya, takpe.. selagi ada cara, kita ikhtiar. ikhtiar perlu ada sebelum kita berserah pada Allah.
berdoa banyak2 agar kakak awak dikuatkan fizikal dan mental. dia kena kuat.
Liz;
tu la. mak kita la yg siannyer. susah hati dia tgk akak kita mcm tuh.
right now dh senang hati sikit lepas tgk dia makin pulih. dh ada ceria di wajahnyer.
Post a Comment